Informasi Berita Bergambar Terkini

Artikel oleh: Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman dan Abd. Raai Osman
Foto oleh: Abd Raai Osman, Penerbit UKM

| Lihat Album 1 | Album 2 |

DSC_0512

Tiga kali Gempur Wira…Gempur…Gempur…Gempur Wira. Begitulah teriakan bersemangat pasukan kadet Palapes UKM dan USIM dari hari pertama menjalani latihan medan Khemah Tahunan yang diadakan di sekitar Mempaga – Krau – Bentong – Raub pada 1 – 6 Februari 2013 yang lalu. Latihan yang dihadiri seramai 374 pegawai kadet Junior, Intermediate dan Senior dengan dilatih oleh jurulatih Angkatan Tentera Malaysia, Pegawai Muda, Pegawai Sukarela dan Pasukan Penilai yang didatangkan dari unit luar seperti dari Regimen 515 Askar Wataniah, Kor Polis Tentera dan Regimen 503 Askar Wataniah, PULAMOR dan PULAPOT, PULAMEK dan PUSWATAN.

DSC_0521 Menurut salah seorang Pegawai Sukarela yang menjadi pemantau aktiviti ini yang juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman berkata, pembentukkan insan yang mempunyai jati diri yang kental bukanlah hanya di bilik kuliah. Seorang mahasiswa yang berkualiti dan berdisiplin tinggi harus diuji dengan menjalani latihan fizikal yang agresif dengan modul yang berstruktur serta dirancang.

Tambah Mejar Jasmy lagi, latihan sebeginilah yang dapat membezakan seseoarang mahasiswa yang mampu berdaya saing sama ada dibidang akademik mahu pun di pasaran kerja kelak. Ini disebabkan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi di kalangan anggota kadet terbukti apabila mereka mampu melaksanakan setiap tugas yang diberikan dengan jayanya sama seperti silibus yang diajar di Maktab Tentera DiRaja  (MTD), Akademik Tentera Malaysia (ATMA), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dan Sekolah Tempur Pegawai Kadet (STPM). Sebagai contoh jika mereka dikehendaki melaksanakan tugas mempertahankan kawasan pertahanan di kawasan bukit yang telah dikenal pasti penting, mereka mampu melaksanakan kerja-kerja menggali kubu dalam tempoh sehari setengah sahaja walhal masa standard yang diberi ialah selama tiga hari lengkap dengan lorong perhubungan dan pelindung kepala.

DSC_0561

Latihan selama enam hari ini benar-benar menguji ketabahan dan semangat setia kawan bagi setiap individu kerana setiap perjawatan dan tanggungjawab yang diberikan akan dinilai oleh pewasit dari unit-unit luar. Hanya peringkat pegawai kadet Junior sahaja mereka tidak dinilai kerana baru selesai diterima sebagai anggota pasukan Palapes. Di peringkat Junior, mereka menjalani latihan hutan atau Peperangan Melawan Gerila (Conventional Insurgency Warfare) seperti mendudukki pengkalan hutan, ronda tinjau, serang hendap dan serangan khemah musuh. Sementara diperingkat Intermediate dan Senior pula mereka melaksanakan empat fasa dalam Peperangan Terbuka (Conventional Warfare) iaitu fasa mara, pertahanan, berundur dan serangan.  Penilaian yang menjadi tumpuan ialah di peringkat pegawai kadet Senior kerana latihan inilah yang menentukan mereka lulus atau tidak untuk ditauliahkan di Hari Pentauliahan Pegawai Kadet Palapes IPT pada Julai 2013 nanti di Universiti Malaysia Sabah setelah mengharungi latihan selama tiga tahun berturut-turut.

Namun satu kejutan terbesar berlaku apabila latihan ini telah dipantau dari udara oleh Komandan Palapes UKM iaitu Yang Berbahagia Kolonel Kehormat Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shabudin dengan diiringi oleh Komandan Palapes USIM, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail. Pemantauan dari udara ini juga telah mencatat satu lagi sejarah bagi UKM kerana menjadi Naib Canselor IPT pertama yang berjaya mendarat menggunakan helikopter di Kem Mempaga, Bentong. Menurut Pegawai Memerintah kem tersebut, sejak kem ini dibuka, belum pernah ada mana-mana individu, pegawai tentera atau ahli politik yang melawat kem tersebut mendarat menggunakan helikopter. Ini suatu pencapaian yang amat membanggakan kerana realiti peperangan sebenar banyak dipantau menerusi pandangan udara yang memberi info dan maklumat perisikan awal.

DSC_1057

Justeru segala kepayahan dan keletihan yang dirasai oleh pegawai-pegawai kadet turut dikongsi bersama oleh  kedua-dua Komandan Palapes ini. Situasi ini digunakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai kadet untuk berinteraksi dengan tetamu kehormat ini dalam semua aspek latihan dan kebajikan. Terserlah kesungguhan diwajah mereka apabila mendapat kata-kata semangat dari kedua-dua Naib Canselor ini terutama semasa lawatan ke fasa pertahanan dengan menggali kubu di bukit ladang kelapa sawit. Yang paling menaikkan moral dan motivasi mereka ialah apabila kedua-dua Naib Canselor ini mengumumkan akan menaikkan pemberian kredit dari 8 kepada 10 kepada pegawai kadet yang berjaya menghabiskan latihan selama 3 tahun hingga ditauliahkan. Inilah pengumuman yang dinanti-nantikan oleh pegawai-pegawai kadet dan disambut dengan teriakan, “Gempur Wira” sebanyak tiga kali.

Pengalaman amat berharga ialah apabila melihat sendiri kesukaran bermula pada latihan hari pertama lagi. Setiap fasa dimulakan dengan penyampaian perintah (orders) oleh Ketua Platun. Kemudian kadet peringkat senior menggali kubu di tiga buah bukit ladang kelapa sawit Mempaga dan bermalam selama  lima malam di situ. Manakala peringkat intermediate bergerak secara berjalan kaki di jarak 7 kilometer untuk membuat latihan serangan keatas platun yang sedang mempertahankan kubu-kubu pertahanan. Sementara peringkat junior membuat latihan di Ulu Sungai yang terdapat hutan simpan yang tebal. Di kawasan hutan itu mereka didedahkan dengan banyak ilmu medan perang (IMP) dan taktik berperang di dalam hutan.

DSC_0761

Menurut Ketua Jurulatih Palapes UKM Lt. Kol. Mohd Sahar Hj. Said pula, walaupun latihan yang agak lasak dan keras tetapi aspek ibadah semasa latihan turut diberi penekanan. Pegawai-pegawai kadet muslim sentiasa diingatkan agar tidak mengabaikan tanggungjawab menunaikan ibadat solat. Mereka turut mempraktikkan solat dalam darurat. Inilah nilai-nilai kemantapan iman yang telah diterapkan keatas mereka, ujar Lt. Kol. Sahar lagi. Dan inilah sebenarnya kekuatan tentera muslim berbanding dengan bukan muslim kerana semangat jihad ke jalan Alah swt. Menurut beliau lagi, anggota-anggota kadet ini beruntung kerana dapat membiasakan diri dengan suasana hutan, membina kubu pertahanan yang canggih dan dapat mempertahan diri dari serangan musuh.

Tepat pukul 7.35 pagi hari terakhir latihan, tembakan bertubi-tubi dari senjata bantuan GPMG (General Purpose Machine Gun) telah kedengaran dari jarak 500 meter dari sebuah bukit kecil berhampiran ladang sawit Felda Mempaga. Semua anggota kadet peringkat senior yang sedang mempertahankan kubu, bersiap sedia dengan senjata masing-masing. Tidak sampai 30 minit tembakkan pertama itu, 2 platun dari peringkat intermediate telah mula melakukan gerak mara menyerang secara lompat katak bagi misi menawan kubu-kubu tersebut. Bom asap yang dilepaskan serta Thunder Flash yang dibaling sebagai bom tangan menjadikan suasana seperti peperangan sebenar. Serangan dilakukan agak pantas dan agresi sehingga melepasi objektif.  Tembakkan dari senjata M-16 dan LMG (Light Machine Gun) terus dilepaskan bertali arus sehingga menjadikan bukit kecil itu seolah-olah peristiwa Bukit Chandu yang mengorbankan Leftenan Adnan.

DSC_1598

Penulis yang berada berhampiran kubu utama, merasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota kadet. Walaupun ada dikalangan mereka adalah anggota wanita namun bunyi letupan senjata api dan bahan ledakan seperti bom tangan tidak melemahkan semangat mereka untuk terus bertempur. Asakkan demi asakkan dilakukan dengan peringkat intermediate menggunakan pendekatan serangan rusuk bagi mengatasi pihak lawan. Akhirnya lebih kurang tiga puluh minit kemudian peperangan tersebut telah dapat ditamatkan.

Latihan khemah Tahunan kali ini ditutup secara rasminya oleh Timbalan Komandan Palapes UKM Leftenan Kolonel Profesor Madya Dato’ Dr. Samsu Adabi bin Mamat. Antara intipati ucapannya ialah beliau berkata, “semangat yang ditunjukkan oleh pegawai kadet mencerminkan kejayaan latihan tersebut. Maka dengan adanya kekuatan keperibadian inilah menjadikan anggota PALAPES sebagai individu yang boleh dicontohi oleh siswa dan siswi lain di UKM dan USIM. Semangat begini tidak harus dikikis dengan hasutan pihak yang tidak berminat dengan kegiatan PALAPES. Sekali lagi ucapan beliau di sambut dengan gegak gempita teriakan Gempur Wira sebanyak tiga kali yang memecahkan  keheningan pagi Ladang Kelapa Sawit Mempaga, Bentong, Pahang pada tanggal 6 Februari 2013.

DSC_1631

Comments on: "GEMPUR WIRA UKM GEGARKAN MEMPAGA" (2)

  1. Ssjn Janti ak Richard PULAMOR said:

    salam sejahtera penulis dan salam satu malaysia..terlebih dahulu sye mempengkenalkan diri.. saya adalah slh seorg tim penilai/penguji..semasa latihan khemah tahunan (rotu ukm)dijalankan dimempaga pahang tahun 2013..sudah 2 thn sye memgikuti …kadet palapes.UKM merasa bangga dgan semangatyg ditujukakan selama 2 tahun,sehingga mereka bejaya ke peringkat ini.sye setuju.. dgn atikal.. yg ditulis oleh.. penulis…syabas..sye ucapkan kerana memberi semangat kepada siwa dansiswi apebila mereka milhat atikal serta gambar yg di pamerkan ,semoga atikal seperti ni berterusan kesinambungannya utk memberi tahu pada.. siswa dan siswi ape erti pergorbanan sebenar..sebagawai seorang pewira negara..sebab dah azali nama 2 siswa dan siswi dah tertulis sebagai pejuang(soldier) maka surga lah nama mereka ini.wlaupun hanya sekadar pengelaman pertama mereka serta pengetahuan mereka dlam mengenal erti pergorbanan sebenar pejuang – pejuang yg terdahulu dari kita sekali lagi sye ucapakan syabas pada kadet2 palapes UKM kerana berjaya.. menjaya latihan khemah tahunan dgn jaya nya,sye sebagai salah seorg tim penguji mengucapkan ribuan terima kais.. kerana memberi kerjasama yg tak terhingga.. sepanjang.. latihan dijalankan drp peringkat kem hingga berjaya.. ke fasa medan dgan jaya nya.akhir kata.. sye sudah palapes 2 kali mengikuti khemah thunan UKM.. berasa bangga dan harap segala tunjuk ajar yg telah diberi oleh jurulatih serta teguran yg diberi oleh tim penilai .. di ambil sebagai pengelaman dan teladan serta bawa lah segala pengelaman kenangan pahit manis yg telah kadet2 harungi ..menberi..kesedaran seta membuktikan kerjasama dlm kumpulan lebih baik drp individual..selamat sejahtera ..gempur wira3……from some missing u all ..rotu ukm..
    ssjn janti ak richard..pulamor..t.q

  2. Terima kasih tuan dengan penghargaan ini.| Tuan jika ingin mencari foto-foto yang berkaitan boleh lihat di laman yang saya lampirkan di atas~~Penulis, Raai Osman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: