Informasi Berita Bergambar Terkini

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (1) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan atas perakuan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Y.B. Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik semula Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin sebagai Naib Canselor UKM untuk tempoh satu (1) tahun berkuatkuasa mulai 28 Ogos 2012 hingga 27 Ogos 2013.

Lembaga Pengarah Universiti mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan berharap semua warga UKM memberi sokongan padu agar YBhg. Tan Sri Naib Canselor dapat terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada Universiti.

Pendaftar, UKM

(ewarga/bul/bil.18102012-92)

 

 

 

Pemakluman Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri Dan Masyarakat)UKM

Dengan hormat dan sukacitanya  dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (6) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan atas perakuan Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Y.B. Menteri  Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik semula Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Saran Kaur Gill sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri Dan Masyarakat) untuk tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2014.

Lembaga Pengarah Universiti mengucapkan tahniah  di atas pelantikan ini dan berharap semua warga UKM memberi sokongan padu agar beliau dapat terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada Universiti.

Pendaftar, UKM

 
(ewarga/bul/bil.18102012-91)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: