Informasi Berita Bergambar Terkini

Pelajar tahun 3 Fakulti Perubatan  Nurhayati binti Haji Munawer telah dipilih sebagai pemenang pertama dalam pertandingan fotografi kemerdekaan peringkat UKM 2012. Beliau membawa pulang hadiah RM 1,000.0 dan sijil.

Tempat kedua dimenangi oleh Mohd Arami bin Aluwi pelajar tahun 3 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dengan hadiah RM 800.00 dan sijil

Izwan bin Azman yang bertugas di Pusat Komunikasi Korporat UKM membawa pulang hadiah RM 600.00 dan sijil bagi tempat ketiga.

Hadiah saguhati RM 200.00 dimenangi oleh, Jamaliahafizah binti Zainal Abidin, pelajar tahun 3 FSSK, Sulimi bin Ismail bertugas di FSSK manakala seorang lagi kakitangan FSSK ia itu Muhammad Akmal Hakim bin Mohd Mokhtar.

Hadiah telah disampaikan kepada pemenang malam tadi di Majlis Sambutan Hari Malaysia peringkat UKM oleh Naib Canselor UKM Ybhg . Prof  Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed  Hasan Shahabudin.

Pertandingan ini dianjurkan oleh UKM sempena sambutan bulan kemerdekaan dengan kerjasama Penerbit UKM. Tiga juri yang berpengalaman dalam bidang fotografi dan grafik telah menilai karya-karya peserta.

Mereka ialah, En Hazrul Abdul Halim, Pegawai Penerbitan Kanan yang berpengalaman dalam bidang fotografi dan video. EN Khalid Hashim Pegawai Senireka, dan Puan Insyirah binti Mohd Nor Pegawai Senireka.

Berita: Raai Osman | Foto pemenang oleh: Ikhwan Hashim | Foto: Pemenang pertandingan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: