Informasi Berita Bergambar Terkini

Imej

UKM Bangi- Web Master Lensa Kampus telah menerima  Anugerah Inovasi UKM 2013 bagi penilaian tahun 2012.Anugerah ini bagi katogeri ICT Individu.

Lensa Kampus yang dibangunkan di bawah Unit Foto Penerbit UKM dikendalikan oleh Abd Raai Osman dalam usaha memaparkan gambar-gambar acara rasmi yang berlangsung di UKM. Laman web yang beralamat http://www.ukm.my/jurufoto mampu memberikan hebahan segera kepada umum mengenai kegiatan di UKM dan menjimatkan penggunaan ruang dan kos mencetak.

ascan0001aDSC_0143

Majlis Perasmian Program Mobaliti Mexico ke Malaysia ( MM2M 100)

Program Mobaliti Mexico ke Malaysia ( MM2M 100) merupakan program pertama oleh UKM bersama 100 orang pelajar dari universiti Mexico.

Tandak Seirama

Program tarian oleh Artis Sukma UKM selama 24 jam

Kuliah Umum Cesmac: Bersama Dr Irfan Khairi

Artikel oleh: Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman dan Abd. Raai Osman
Foto oleh: Abd Raai Osman, Penerbit UKM

| Lihat Album 1 | Album 2 |

DSC_0512

Tiga kali Gempur Wira…Gempur…Gempur…Gempur Wira. Begitulah teriakan bersemangat pasukan kadet Palapes UKM dan USIM dari hari pertama menjalani latihan medan Khemah Tahunan yang diadakan di sekitar Mempaga – Krau – Bentong – Raub pada 1 – 6 Februari 2013 yang lalu. Latihan yang dihadiri seramai 374 pegawai kadet Junior, Intermediate dan Senior dengan dilatih oleh jurulatih Angkatan Tentera Malaysia, Pegawai Muda, Pegawai Sukarela dan Pasukan Penilai yang didatangkan dari unit luar seperti dari Regimen 515 Askar Wataniah, Kor Polis Tentera dan Regimen 503 Askar Wataniah, PULAMOR dan PULAPOT, PULAMEK dan PUSWATAN.

DSC_0521 Menurut salah seorang Pegawai Sukarela yang menjadi pemantau aktiviti ini yang juga merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman berkata, pembentukkan insan yang mempunyai jati diri yang kental bukanlah hanya di bilik kuliah. Seorang mahasiswa yang berkualiti dan berdisiplin tinggi harus diuji dengan menjalani latihan fizikal yang agresif dengan modul yang berstruktur serta dirancang.

Tambah Mejar Jasmy lagi, latihan sebeginilah yang dapat membezakan seseoarang mahasiswa yang mampu berdaya saing sama ada dibidang akademik mahu pun di pasaran kerja kelak. Ini disebabkan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi di kalangan anggota kadet terbukti apabila mereka mampu melaksanakan setiap tugas yang diberikan dengan jayanya sama seperti silibus yang diajar di Maktab Tentera DiRaja  (MTD), Akademik Tentera Malaysia (ATMA), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dan Sekolah Tempur Pegawai Kadet (STPM). Sebagai contoh jika mereka dikehendaki melaksanakan tugas mempertahankan kawasan pertahanan di kawasan bukit yang telah dikenal pasti penting, mereka mampu melaksanakan kerja-kerja menggali kubu dalam tempoh sehari setengah sahaja walhal masa standard yang diberi ialah selama tiga hari lengkap dengan lorong perhubungan dan pelindung kepala.

DSC_0561

Latihan selama enam hari ini benar-benar menguji ketabahan dan semangat setia kawan bagi setiap individu kerana setiap perjawatan dan tanggungjawab yang diberikan akan dinilai oleh pewasit dari unit-unit luar. Hanya peringkat pegawai kadet Junior sahaja mereka tidak dinilai kerana baru selesai diterima sebagai anggota pasukan Palapes. Di peringkat Junior, mereka menjalani latihan hutan atau Peperangan Melawan Gerila (Conventional Insurgency Warfare) seperti mendudukki pengkalan hutan, ronda tinjau, serang hendap dan serangan khemah musuh. Sementara diperingkat Intermediate dan Senior pula mereka melaksanakan empat fasa dalam Peperangan Terbuka (Conventional Warfare) iaitu fasa mara, pertahanan, berundur dan serangan.  Penilaian yang menjadi tumpuan ialah di peringkat pegawai kadet Senior kerana latihan inilah yang menentukan mereka lulus atau tidak untuk ditauliahkan di Hari Pentauliahan Pegawai Kadet Palapes IPT pada Julai 2013 nanti di Universiti Malaysia Sabah setelah mengharungi latihan selama tiga tahun berturut-turut.

Namun satu kejutan terbesar berlaku apabila latihan ini telah dipantau dari udara oleh Komandan Palapes UKM iaitu Yang Berbahagia Kolonel Kehormat Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shabudin dengan diiringi oleh Komandan Palapes USIM, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail. Pemantauan dari udara ini juga telah mencatat satu lagi sejarah bagi UKM kerana menjadi Naib Canselor IPT pertama yang berjaya mendarat menggunakan helikopter di Kem Mempaga, Bentong. Menurut Pegawai Memerintah kem tersebut, sejak kem ini dibuka, belum pernah ada mana-mana individu, pegawai tentera atau ahli politik yang melawat kem tersebut mendarat menggunakan helikopter. Ini suatu pencapaian yang amat membanggakan kerana realiti peperangan sebenar banyak dipantau menerusi pandangan udara yang memberi info dan maklumat perisikan awal.

DSC_1057

Justeru segala kepayahan dan keletihan yang dirasai oleh pegawai-pegawai kadet turut dikongsi bersama oleh  kedua-dua Komandan Palapes ini. Situasi ini digunakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai kadet untuk berinteraksi dengan tetamu kehormat ini dalam semua aspek latihan dan kebajikan. Terserlah kesungguhan diwajah mereka apabila mendapat kata-kata semangat dari kedua-dua Naib Canselor ini terutama semasa lawatan ke fasa pertahanan dengan menggali kubu di bukit ladang kelapa sawit. Yang paling menaikkan moral dan motivasi mereka ialah apabila kedua-dua Naib Canselor ini mengumumkan akan menaikkan pemberian kredit dari 8 kepada 10 kepada pegawai kadet yang berjaya menghabiskan latihan selama 3 tahun hingga ditauliahkan. Inilah pengumuman yang dinanti-nantikan oleh pegawai-pegawai kadet dan disambut dengan teriakan, “Gempur Wira” sebanyak tiga kali.

Pengalaman amat berharga ialah apabila melihat sendiri kesukaran bermula pada latihan hari pertama lagi. Setiap fasa dimulakan dengan penyampaian perintah (orders) oleh Ketua Platun. Kemudian kadet peringkat senior menggali kubu di tiga buah bukit ladang kelapa sawit Mempaga dan bermalam selama  lima malam di situ. Manakala peringkat intermediate bergerak secara berjalan kaki di jarak 7 kilometer untuk membuat latihan serangan keatas platun yang sedang mempertahankan kubu-kubu pertahanan. Sementara peringkat junior membuat latihan di Ulu Sungai yang terdapat hutan simpan yang tebal. Di kawasan hutan itu mereka didedahkan dengan banyak ilmu medan perang (IMP) dan taktik berperang di dalam hutan.

DSC_0761

Menurut Ketua Jurulatih Palapes UKM Lt. Kol. Mohd Sahar Hj. Said pula, walaupun latihan yang agak lasak dan keras tetapi aspek ibadah semasa latihan turut diberi penekanan. Pegawai-pegawai kadet muslim sentiasa diingatkan agar tidak mengabaikan tanggungjawab menunaikan ibadat solat. Mereka turut mempraktikkan solat dalam darurat. Inilah nilai-nilai kemantapan iman yang telah diterapkan keatas mereka, ujar Lt. Kol. Sahar lagi. Dan inilah sebenarnya kekuatan tentera muslim berbanding dengan bukan muslim kerana semangat jihad ke jalan Alah swt. Menurut beliau lagi, anggota-anggota kadet ini beruntung kerana dapat membiasakan diri dengan suasana hutan, membina kubu pertahanan yang canggih dan dapat mempertahan diri dari serangan musuh.

Tepat pukul 7.35 pagi hari terakhir latihan, tembakan bertubi-tubi dari senjata bantuan GPMG (General Purpose Machine Gun) telah kedengaran dari jarak 500 meter dari sebuah bukit kecil berhampiran ladang sawit Felda Mempaga. Semua anggota kadet peringkat senior yang sedang mempertahankan kubu, bersiap sedia dengan senjata masing-masing. Tidak sampai 30 minit tembakkan pertama itu, 2 platun dari peringkat intermediate telah mula melakukan gerak mara menyerang secara lompat katak bagi misi menawan kubu-kubu tersebut. Bom asap yang dilepaskan serta Thunder Flash yang dibaling sebagai bom tangan menjadikan suasana seperti peperangan sebenar. Serangan dilakukan agak pantas dan agresi sehingga melepasi objektif.  Tembakkan dari senjata M-16 dan LMG (Light Machine Gun) terus dilepaskan bertali arus sehingga menjadikan bukit kecil itu seolah-olah peristiwa Bukit Chandu yang mengorbankan Leftenan Adnan.

DSC_1598

Penulis yang berada berhampiran kubu utama, merasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota kadet. Walaupun ada dikalangan mereka adalah anggota wanita namun bunyi letupan senjata api dan bahan ledakan seperti bom tangan tidak melemahkan semangat mereka untuk terus bertempur. Asakkan demi asakkan dilakukan dengan peringkat intermediate menggunakan pendekatan serangan rusuk bagi mengatasi pihak lawan. Akhirnya lebih kurang tiga puluh minit kemudian peperangan tersebut telah dapat ditamatkan.

Latihan khemah Tahunan kali ini ditutup secara rasminya oleh Timbalan Komandan Palapes UKM Leftenan Kolonel Profesor Madya Dato’ Dr. Samsu Adabi bin Mamat. Antara intipati ucapannya ialah beliau berkata, “semangat yang ditunjukkan oleh pegawai kadet mencerminkan kejayaan latihan tersebut. Maka dengan adanya kekuatan keperibadian inilah menjadikan anggota PALAPES sebagai individu yang boleh dicontohi oleh siswa dan siswi lain di UKM dan USIM. Semangat begini tidak harus dikikis dengan hasutan pihak yang tidak berminat dengan kegiatan PALAPES. Sekali lagi ucapan beliau di sambut dengan gegak gempita teriakan Gempur Wira sebanyak tiga kali yang memecahkan  keheningan pagi Ladang Kelapa Sawit Mempaga, Bentong, Pahang pada tanggal 6 Februari 2013.

DSC_1631

Isnin, 26 November 2012 00:00
E-mail Cetak PDF

Oleh Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman dan Abd Raai bin Osman
Foto Abd Raai bin Osman, Penerbit UKM

BANGI, 22 Nov 2012 – Seramai 338 orang pegawai kadet UKM telah menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun Kedah waktu cuti pertengahan semesta baru-baru ini untuk didedahkan kepada penggunaan senjata.

Latihan itu adalah juga untuk meningkatkan kemahiran menembak bagi kadet senior serta mengeratkan hubungan kerjasama kadet dengan pegawai sukarela dan jurulatih Palapes, kata Pegawai Sukarela Palapes UKM, Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman.

Seramai 15 orang jurulatih dan 12 pegawai sukarela turut mengambil bahagian.

Program latihan itu juga merangkumi latihan membaca peta dan pandu arah, kawad kaki dan senjata, IPB (Intelligence Preparatory of Battlespace), TEWT (Training Exercise Without Troops), semboyan dan regimental yang turut di adakan di Kem Sungai Besi dan Kem Asahan di Melaka.

Mejar Jasmy berkata dalam latihan menembak pegawai kadet itu diberi peluang menggunakan senjata seperti M-16, M-203, GPMG (General Purpose Machine Gun) berserta dengan kaki tiga untuk tembakan jarak jauh.

Pengalaman seperti ini jarang diperolehi memandangkan latihan sebelum ini seringkali menggunakan senjata persendirian di peringkat platun iaitu M-16 sahaja.

Justeru peluang menggunakan senjata bantuan Kompeni iaitu GPMG telah dimanfaatkan oleh pegawai kadet dalam usaha mempelbagaikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sesuai dengan konsep Kemahiran Insaniah yang diterapkan oleh Pusat Akreditasi Pembelajaran (PAP) UKM.

Major Jasmy berkata terdapat ramai di kalangan pegawai kadet yang berpotensi untuk diketengahkan berdasarkan keputusan latihan menembak itu.

Beliau percaya pegawai kadet UKM boleh bangkit mengharumkan nama universiti dalam pertandingan menembak seperti rekod penyertaannya terdahulu.

UKM sendiri mempunyai lapang sasar 25 meter untuk acara menembak pistol yang boleh dimanfaatkan untuk penembak dari Palapesnya.

Beliau yakin dengan latihan yang konsisten dan sokongan universiti, lebih ramai jaguh menembak pistol dapat dilahirkan di kalangan pegawai kadet, pegawai sukarela dan jurulatih palapes sendiri.

Kesemua latihan itu perlu dijalani dan dinilai selama tiga tahun untuk melayakkan mereka mendapat lapan unit (kredit). Sekiranya lulus semua ujian dan praktikal tersebut, barulah pegawai kadet itu layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh Baginda Yang Di Pertuan Agung.

Mejar Jasmy berharap semua pelajar yang menyertai Palapes akan dapat mengekalkan unit kredit mereka kerana pengorbanan yang dilakukan tidak sama dengan projek ko-kurikulum lain yang ditawarkan seperti dalam bidang kebudayaan, sukan, persatuan pelajar dan khidmat masarakat.

 

Pengorbanan terutamanya dari aspek masa (jam terlibat) sepanjang tempoh tiga tahun tentunya tidak sama dengan projek ko-kurikulum yang lain yang boleh diselesaikan dalam tempoh 2 – 3 semester sahaja berbanding Palapes yang memerlukan penglibatan mereka sehingga 6 semester.

Ketua Jurulatih Palapes UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said mengakui dengan latihan yang mereka terima pegawai kadet mampu menjadi modal insan yang berguna kepada mahasiswa lain. Ia juga mampu menjadikan mereka pelajar bersemangat waja dan berdaya saing sama ada di peringkat universiti atau selepas memasuki pasaran kerja.

Latihan yang diberikan kepada semua pegawai kadet itu merupakan asas sebelum ditauliahkan dan ianya boleh diteruskan setelah tamat pengajian dengan menyertai pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia atau sebagai pegawai sukarela di Regimen Askar Wataniah.

Latihan menembak selama tiga hari itu diakhiri dengan pertandingan menembak jatuh piring (falling plate) dengan menggunakan senjata M-16 di jarak 200 meter dan 100 meter.

Pasukan Pegawai Sukarela kemudian menewaskan pasukan Jurulatih diperingkat akhir menembak semua 10 piring dengan pasukan Jurulatih ketinggalan 1 piring.

Petikan:http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1276-ukm-rotu-cadets-undergo-shooting-training.html

Wacana Bahasa Kebangsaan

Sila klik pautan ini Wacana Bahasa Kebangsaan

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.